Sunday 22 December 2013

BYE ~ BYE SPM96

Assalamualaikum ...
Lama sudah ku menunggu saat ini, saat gemilang berakhirnya SPM. Jari jemariku yang runcing tidak sabar untuk menarikan huruf yang berada di keyboard lappy kesayanganku. Penantian yang kini tiba membawa seribu makna. Di sebalik kegembiraan terselindung seribu kesedihan. Ayat keramat perpisahan membawa tangisan kebahagiaan dalam perpisahan. Sahabat baik yang dulunya berkongsi suka dan duka, tawa bersama, serta bercanda ria kini ditinggalkan begitu sahaja. Kenangan manis diukir sebelum membawa diri ke dunia dewasa. Pahit getir hidup dan pengorbanan sahabat serta guru-guru di SMK BONGAWAN II takkan ku lupakan. Biarlah ia menjadi sejarah dan menjadi titik permulaan kepada kejayaan. Tika hati ini merindui permata yang dulunya ada, ingatlah bahawa kamu sentiasa di sisi. Bait-bait lagu sekolah yang sering kita nyanyikan setiap pagi menahan terik panas mentari di kala Isnin membawa sejuta harapan dan impian. Coretan gambar yang terukir senyuman manis di tepi bibir membuat kita mengingat kembali kisah silam serta kenangan manis sewaktu bersama. MAYBE IT'S NOT ABOUT THE HAPPY ENDING, MAYBE IT'S ABOUT THE STORY . Kisah 2009-2013 di Smk Bongawan II akan kekal di ingatan. 2013 adalah saat yang paling indah di dalam hidup. Mempunyai sahabat yang terdiri daripada 8 orang ahli cukup mencuit hati. Hanya seorang sahaja lagi untuk melengkapkan diri menjadi group Girl Generation. hehe, hanya gurauan semata-mata. Cukuplah 8 orang sudah membuat sakit mulut dengan gelak tawa yang dihadiahkan. Masihkah kamu ingat saat-saat Convocation kita yang berlangsung pada 29-10-2013 ? Banyak kenangan manis kita lakar ^_^

No comments:

Post a Comment

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪ Syalalala silalah Komen ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪