Tuesday 26 March 2013


Dunia Muzikku




                                                           
Hidupku dipenuhi dengan Music ! Setiap hari telingaku tak lengkang dari mendengar alunan suara para artis yang begitu mencuit hati . Sungguh diriku tidak merasa bosan memainkan lagu2 yang sama setiap hari ! hati terpaut dengan lagu2 dendangan yang begitu mengasyikkan , tatkala lagu yang sedap mata memAndang , sedap lagi telinga mendengar begitu menawan hati ini untuk menjadikannya sbagai lagu pilihan . Terselit beribu lagu dalam fikiran , sungguh aku jatuh hati pada Muzik ! Banyak persoalan yang bermain di minda , mengapa diriku ini gilakan dirimu wahai Muzik ? Ini pastinya bersebab ~ Tuntasnya , ada benarnya jika dikatakan bahawa muzik dapat menghilangkan rasa bosan .. Namun , ini bukan motif yang sebenar buat diriku meminati muzik ! Diriku merasa cemburu dengan rakan-rakan mahupun para artis seperti NAJWA LATIF yang mahir dalam bermain gitar ~ Hasrat dihati ingin memilik gitar , ^_^ Alhamdulillah , pada tanggal 24/03/2013 diriku memiliki sebuah gitar yang sungguh menarik minat pemiliknya untuk memetiknya  Rasa dihati yang teramat gembira tidak dapat digambarkan melalui rupa paras ! hanya Tuhan yang Maha Mengetahui   Walaubagaimanapun, setelah memiliki Sang Perwira Merah ini, diriku merasa sungguh gembira .. namun diriku tidak pandai untuk memainkannya ~ Jariku sentiasa memetik2 talinya yang terlihat berkilauan baru~ Diriku sentiasa cuba dan mencuba , berharap diriku bisa memainkan sebuah lagu bersamanya ! Amin ~                                                                

No comments:

Post a Comment

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪ Syalalala silalah Komen ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪