Saturday 30 March 2013

Assalamualaikum ~

Entri kali ini adalah CERITAKU . Aku adalah aku, bila bercerita tentang diriku mula persoalan timbul di dalam hati . Mengapa ? Apakah penyebab diriku tidak mempunyai minat untuk membaca NOVEL ? Sungguh , diriku tidak gemar membaca NOVEL . Walhal , membaca NOVEL merupakan salah satu aktiviti yang disukai dan digilai oleh perempuan pada zaman sekarang . Apatah lagi NOVEL yang berkisahkan CINTA . Rakan-rakanku gemar akan membaca NOVEL . Terkadang ku merasa hairan, apakah tidak bosan membaca NOVEL yang adakalanya tebal tak terkira.  Aneh tapi Nyata ! Bila orang lain sibuk membaca buku CINTA , aku tenggelam dalam keasyikan himpunan buku buku teks sekolah . Dari kecil aku dididik untuk membaca . Bak kata pepatah "Membaca Jambatan Ilmu" . Membaca diibaratkan seperti pelita Hidup . SeseOrang yang rajin membaca akan menjadi Orang yang berilmu. Kini aku sedar bahawa buku adalah teman serta pendamping hidupku . Dialah sering ku bawa ke hulu ke hilir . Tidak dapat dinafikan , aku malas untuk membaca . Dalam diri seseorang pastinya ada sifat malas . Malasku pada buku! Kekadang, pabila bosan aku cuba untuk membelek-belek setiap halaman muka surat novel itu . Aku berasa sungguh tertarik untuk membacanya . Apabila sudah mulai membacanya , aku mulai jatuh hati dengannya dan terus baca dan membacaa . Excited nak mengetahui kisah yang selanjutnya . Ini yang membuatkan minat di dalam diri para gadis untuk menjadikan NOVEL sebagai hiburan sementara . Watak utama dan watak sampingan penting dalam sesebuah cerita . Ia dapat menghidupkan lagi sesebuah CERITA itu agar menjadi lebih menarik . Di dalam hati berkata " Aku ingin menjadi seorang penulis" Mampukah aku? Ini hanya impian semata-mata . Sedangkan malas nak membaca NOVEL , inikan pula teringin nak menjadi penulis . Tapi tak mustahil sekiranya kita memiliki cita-cita yang tinggi . Impian ku kubur dahulu buat seketika . Kini, banyak yang perlu ku fikirkan . Jujur, aku ingin menulis NOVEL sendiri , terukir nama ku di dalam NOVEL ! Dengan bayangan dan angan angan yang belum wujud, ku berharap suatu masa nanti ku bisa meluangkan masa untuk membaca NOVEL . Tersenyum pabila melihat NOVEL yang kita tulis dibaca dan dihargai oleh orang ramai. Dengan usaha yang gigih kita mampu mencapai apa jua yang dikehendaki . Namun aku sedar , AKU BUKANLAH KAKI NOVEL . Sampai di sini dahulu Coretanku buat tatapan yang bisa ku kongsikan bersama . Biarlah ia menjadi Impian terindah jika  AKU SEORANG PENULIS 

No comments:

Post a Comment

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪ Syalalala silalah Komen ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪